| Pengajaran | Pembelajaran |
| Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Ciri-ciri Pengajaran : 1. guru dan murid 2. guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar 3. hanya bermakna apabila ada pembelajaran 4. melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman 5. melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol 6. ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian 7. boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber 8. meliputi rancangan mengajar (KOPI) 9. proses yang melibatkan interaksi dua hala 10. ada unsur sains dan seni. Contoh : guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain. ms.wikipedia.org | Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Cirri-ciri Pembelajaran : 1. Satu proses yang berterusan 2. Secara formal dan tak formal, 3. Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis & mengira dsb. 4. Secara tak formal melalui rakan sebaya keluarga, media massa, persekitaran. 5. Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran 6. Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Contoh : RENCANA PROGRAM PEMBELAJARAN Mata Pelajaran : Fiqih Kelas/Semester : VI/ I Waktu Pertemuan : Alokasi Waktu : I. Standar Kompetensi Mengatur ketentuan zakat II. Kompetensi Dasar Menjelaskan macam-macam Zakat III. Indikator Menjelaskan Zakat dan macam-macamnya IV. Tujuan Pembelajaran Siswa diharapkan dapat memahami makna zakat dan mengetahui macam-macam zakat V. Materi Pokok Zakat VI. Metode Pembelajaran - Ceramah - Tanya Jawab - Diskusi VII. Langkah-Langkah Pembelajaran A. Kegiatan Awal - Guru membuat tanya jawab kepada siswa B. Kegiatan Inti - Guru menjelaskan makna zakat - Guru menjelaskan macam-macam zakat C. Kegiatan Akhir - Siswa dapat membuat kesimpulan VIII. Alat dan Sumber - Buku Grafindo - Al-Qur’an IX. Penilaian - Test Lisan - Test Tertulis - Test Perbuatan Diketahui, Patumbak, Ka. Mis Narul Hadina Guru Bidang Studi Kelas IV Ust. Rusli S. Ag Yusrok, S.Pdi kumpulancontohmakalah.blogspot.com |
Sabtu, 29 Oktober 2011
pengajaran & pembelajaran
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar